Tentang Kami
Mengenali Latar Belakang LEX Niaga
LEX Niaga ditubuhkan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana dalam menghadapi cabaran yang kompleks berkaitan undang-undang. Dengan pendekatan yang berfokus kepada hasil, kami menjadi rakan strategik yang dipercayai bagi pelanggan kami.
Kami telah berkhidmat kepada pelbagai jenis pelanggan, dari startup hingga syarikat yang mapan. Komitmen kami adalah untuk memahami dan memenuhi keperluan setiap klien secara khusus.
Matlamat Kami
Kami bantu melindungi bisnes anda dengan undang-undang. Memfokuskan pada konsultasi perundangan untuk syarikat SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana).
Visi
Misi
Pakar Undang-Undang di Sisi Anda
Pasukan yang berdedikasi, fokus pada solusi undang-undang praktikal untuk SME
Mohammed Asyrah bin Ramli
Co-Founder Lex Niaga. Berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Pejabat Pembahagian Pusaka Kuantan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Pahang bermula 01 Mac 2021 hingga 15 Jun 2024.
Baca Lagi
Pernah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Pahang bertindak sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah (kini nama perjawatan ini dikenali sebagai Pegawai Pembahagian Harta Pusaka) dalam menjalankan fungsi Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
Pengalaman selama 3 tahun 3 bulan 15 hari berkhidmat sebagai Pentabdir Tanah Negeri Pahang dalam mengenalikan perbicaraan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang Muslim dan Non Muslim dapat dijadikan panduan untuk memberikan informasi dan bimbangan kepada masyarakat.
Telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya bertarikh 23 September 2020. Pengalaman selama 9 bulan sebagai pelatih dalam kamar (chambering) di Nazri & Partners telah memberi pendedahan kepada saya mengenai undang-undang khususnya dalam bidang Pentadbiran Tanah.
Merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang.
Bermula dengan LEX Niaga
Hubungi kami untuk menjadualkan konsultasi dan lihat bagaimana kami dapat membantu perniagaan anda berkembang dengan lebih baik.